Press "Enter" to skip to content

Bagaimana Cara Nak Cepat Hamil

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengimpikan untuk mendapatkan zuriat. Tidak ada pasangan yang berkahwin tidak mahukan zuriat. Urusan untuk mendapatkan zuriat memang kerja Allah SWT, tetapi kita sebagai hambanya perlu berusaha dan tidak hanya berserah sahaja. 

Ok hari ni kak yong nak kongsi dengan anda semua beberapa petua atau tips yang boleh membantu pasangan yang berkahwin untuk cepat dan mudah hamil. 


Tips dan petua-petua ini anda boleh amalkan, inysallah dapat membantu anda untuk mudah hamil. 

1) JAGA PEMAKANAN DAN DIET SEIMBANG
Untuk membantu anda mudah hamil, penjagaan makanan dan diet seimbang adalah tips yang sangat penting dan anda mesti amalkan. 

Diet ni bukan bermakna anda perlu tidak makan langsung atau terpaksa berlapar. Anda boleh makan seperti biasa tetapi ambil makanan yang seimbang dan berpada-pada. Jangan lah anda melantak seperti zaman bujang-bujang dulu. BMI anda mestilah ideal antara ketinggian dan berat badan anda.

2) MEMPUNYAI BERAT BADAN IDEAL
Dalam bab ni mungkin ada yang kurang bersetuju.. ada jugak yang cakap “ala si peah tu aku tengok badan dia gemuk boleh jer mengandung, setahun satu lagi anaknya..Tapi aku ni biasa-biasa aje susahnya nak mengandung… memang benar itu semua Rezeki dari Allah SWT, tetapi tidak salah kita mencuba tips ini untuk memudahkan kita cepat hamil. 

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan “overweight” atau lebih teruknya ‘obesiti’ ambillah langkah untuk mengurangkan berat badan dengan membuat senaman-senaman dan mengawal pemakanan. 

Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight’ ni terdedah kepada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. Semasa hamil pula mereka boleh mendapat penyakit-penyakit ini. Mari kita amalakan Gaya Hidup Sihat dan pantau BMItubuh kita.. 

3) DETOX
Cara ni mungkin ramai yang jarang dengar kan. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk tubuh badan kita. Sekarang ni banyak produk-produk dekat pasaran yang boleh digunakan untuk membuang toksin, tetapi anda harus bijak memilih dan pastikan ia selamat dan ada Kelulusan Kementerian Kesihatan. 

4) LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN KERAP
Tips lain untuk memudahkan anda mudah hamil ialah lakukan hubungan intim dengan lebih kerap.. Lakukan lah 3 @ 4 kali seminggu dan bila waktu subur lakukan dengan lebih kerap. Nak malu apa kan, anda dah sah menjadi suami isteri..

5)KETAHUI WAKTU SUBUR DAN OVULASI
Ini adalah fakta yang paling penting. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ini. Sebenarnya untuk memudahkan anda hamil perkara yang penting adalah anda perlu tahu Waktu Subur anda. Bagi yang period tetap setiap bulan memang mudah untuk mengira dan mengetahui waktu subur anda. Tetapi bagi yang period anda tidak tetap, untuk mengira waktu subur adalah sukar sedikit. Anda boleh menggunakan OPK iaitu alat ujian untuk mengetahui waktu subur anda. 

6) JUMPA DOKTOR PAKAR
Anda sudah berkahwin selama 2-3 tahun tetapi masih belum Berjaya hamil. Anda boleh mengambil langkah dengan berjumpa dengan Doktor Pakar. Biasanya doctor akan melakukan pemeriksaan untuk mengetahu tahap kesihatan anda. Suami juga perlu melakukan ‘chekup’ juga. Jangan berat mulut dan malu untuk membuat pemeriksaan. 

7) PASTIKAN POSISI SEKS YANG BETUL 
Ini bukan benda lucah tau. Ini adalah  salah satu cara untuk mudah hamil tau. Posisi yang betul dapat memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi adalah penting dalam memastikan isteri cepat hamil. Macam mana posisinya..anda piker lah sendiri

8) ELAKKAN TEKANAN/STRESS
Nak mudah hamil anda perlulah elakkan diri dari tekanan. Dalam kehidupan ini kita memang tak lari dari ‘strees’..tetapi kita haruslah pandai menguruskan stress agar tidak menjadi lebih teruk dan boleh merosakkan hubungan antara pasangan suami dan isteri. 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *